Isnin, 2 Februari 2015

Ibu Ini Berkongsi Cara Mudah Mendorong Anak Solat Tanpa Rotan

Nota Editor : Perkongsian ini asalnya dipaparkan di fb wall Ibubapa Cemerlang, yang dihantar oleh salah seorang fan mereka. Kami kongsikan semula di sini dengan harapan ia juga dapat dijadikan panduan dalam usaha anda menggalakkan anak untuk solat.

didik-anak-solat

Sebagai seorang ibu, saya ingin berkongsi sedikit tips untuk menggalakkan anak-anak kecil untuk solat dan berakhlak mulia (tanpa rotan). Perkongsian ini ikhlas sekadar berkongsi idea dengan ibu bapa lain di saat isu rotan hangat diperkatakan kini.

Wafa : 7 tahun
Yusof : 4 tahun 7 bln.

Alhamdulillah, kami guna sistem ‘reward chart’. Setiap kali solat atau berbuat baik, anak akan mendapat sticker/star. Setelah penuh sehelai, akan ada pula ‘surprise gift’. Alhamdulillah mereka sangat teruja walaupun hadiahnya cuma sebatang pensil.

cara-galak-anak-solat
cara-galak-anak-solat-2



Alhamdulillah, sistem ini amat berkesan bagi kami jika dijalankan secara berterusan. Dalam masa yang sama didik dan beri penerangan mengikut peringkat usia anak. Insya-Allah.

SUMBER:
http://thevocket.com/cara-mudah-dorong-anak-solat/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan