Semalam ada jumpa kawan lama dekat pasar tani kuala besut,terengganu...
lepas itu ajak member minum kopi kat kedai nasi berlauk Cikgu Tuan Mat....sembang punya sembang terkeluar lah topik cuka kurma .....member saya cakap banyak khasiat yang kita perolehi dari amalan meminum cuka kurma.....saya tengok dia pun nampak sihat aje....so balik rumah saya pun terus buka komputer dan meminta bantuan pak cik google.....untuk mencari tetang khasiat cuka kurma.......maka terjumpalah diblog http://blogtokwan.blogspot.com/2013/01/khasiat-cuka-kurma-bersama-madu-lebah.html
Cuka
kurma ialah cuka yang dihasilkan dari pohon kurma, cuka nipah yang banyak
terdapat dinegara kita memang dihasilkan oleh pokok nipah. Err...barangkali
ramai yang tak kenal pokok nipah. Kalau nak kenal pokok nipah dalam zaman
internet ini senang jer...cuba cari kat pakcik gogol. Begitu juga dengan cuka
padi, masa tok kecil-kecil dulu tok selalu tengok pak sedara mengambil nira
nipah untuk dijadikan cuka nipah.
Mari
kita kembali kepada cuka kurma yang hendak diperkatakan.
Sabda
Rasulullah s.a.w.
“Sebaik-baik hidangan makanan
ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah
makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL
dalam sesuatu rumah.”
Hadis Riwayat Muslim dan Ibn
Majah.
KEPERLUAN CUKA KURMA OLEH TUBUH
BADAN,
Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin
B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan
kandungan potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak,
kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai
penyakit berbahaya.
KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM
Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma
dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan
darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak,
batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi
masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di
badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata,
telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut
Tahun 1414H, m.s 908 - 909.
Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma
bermanfa'at untuk mengatasi;
1) masalah gastrik di perut,
2) masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu),
3) mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang
pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian.
4) Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang
berketul dalam perut (masalah gangguan haid).
5)Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, 6) membersihkan usus (membuang
toksik di perut),
7) menguatkan sistem perut (masalah buasir), 8) menghilangkan masalah dahaga
(panas badan),
9) mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti
kanser, bisul dan sebagainya), 10) membantu sistem penghadaman makanan yang
kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab
Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.Cara Penggunaan:
1) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah dan diminum sejam sebelum makan
apa2.
2) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah plus madu dan diminum sejam
sebelum makan apa2…
Rawatan Sihir:
1) Untuk rawatan santau: Diminum sesudu bersama air ruqyah selepas Subuh
2) Sakit kulit akibat disihir dan sakit kulit biasa: Gosok cuka kurma dengan
kapas sampai merah dan kemudian sapu dengan minyak zaitun.